kiramoney - Aplikasi Web Pengurusan Kewangan

 Hi,

Aku ada bina satu aplikasi web pengurusan kewangan bernama kiramoney. Sebenarnya, idea untuk bina aplikasi ni datang sebab kebanyakan aplikasi kewangan yang aku guna sebelum ni tak capai apa yang aku nak. Ada yang terlalu complicated, ada yang kurang fungsi, dan ada juga yang tak sesuai dengan cara aku urus kewangan sendiri.

Jadi aku terfikir kalau tak jumpa yang betul-betul kena dengan cara sendiri, why not bina sendiri?

Dan dari situ lahirnya kiramoney.

Apa itu kiramoney?

kiramoney ialah aplikasi web pengurusan kewangan peribadi yang membantu pengguna untuk:

  • Pantau pendapatan
  • Buat budgeting
  • Rekod perbelanjaan
  • Track hutang
  • Rekod simpanan

Kebanyakan aplikasi kewangan yang aku jumpa biasanya fokus pada satu atau dua benda je. Jarang ada yang betul-betul all-in-one dan kena dengan flow pengurusan kewangan yang aku nak.

So… aku decide untuk buat versi aku sendiri.

Fungsi Utama

Dashboard


Dashboard ni tunjuk overall status kewangan kau.

Kau boleh filter ikut bulan dan tengok keadaan kewangan semasa ataupun plan untuk bulan-bulan akan datang. Sangat sesuai untuk orang yang suka planning financial awal-awal. Sama ada bulanan atau tahunan.

Bagi aku personally, benda ni penting sebab aku memang jenis suka plan cash flow lebih awal.

Income


Bahagian ni untuk rekod semua sumber pendapatan.

Tak kisah lah kerja hakiki, freelance, side income ataupun apa-apa sumber pendapatan lain. Semua boleh direkodkan supaya senang nak track total income setiap bulan.

Budgeting


Fungsi budgeting ni antara yang paling penting dalam KiraMoney.

Kau boleh cipta kategori bajet sendiri macam:

  • Makan luar
  • Entertainment
  • Shopping
  • Komitmen
  • dan macam-macam lagi

Biasanya aku akan pecahkan bajet kepada:

  • Needs
  • Wants
  • Savings

Sebab bila dah pecahkan macam ni, lebih mudah nak kawal perbelanjaan dan tahu mana yang betul-betul penting.

Savings


Dekat bahagian ni, kau boleh rekod semua simpanan yang kau ada.

Contohnya:

  • Tabung Haji
  • ASB
  • Public Mutual
  • Simpanan kecemasan
  • dan lain-lain

Senang nak monitor perkembangan savings sendiri tanpa perlu buka banyak aplikasi.

Debt Tracker


Bahagian ni untuk track hutang.

Kau boleh letak:

  • PTPTN
  • Personal loan
  • Credit card
  • Hutang kawan
  • ataupun apa-apa komitmen lain

Dan paling penting, kau boleh nampak baki hutang yang masih tinggal dengan lebih jelas.

Expenses



Ini honestly bahagian yang aku paling suka.

Dekat sini kau boleh rekod semua expenses harian dan assign terus kepada kategori budget yang dah dibuat sebelum ni.

Contohnya:

  • makan → masuk kategori Food
  • shopping → masuk kategori Wants
  • bayar hutang → reflect dekat Debt Tracker
  • masukkan duit savings → auto update dekat Savings

Maksudnya semua flow kewangan tu connected.

Bagi aku, bila masukkan duit ke savings ataupun bayar hutang, technically itu masih sebahagian daripada expenses bulanan sebab duit tetap keluar daripada income semasa.

Mungkin berbulu sikit budak accounting dengar cara ni…

TAPI this is how aku manage financial, dan flow ni yang aku rasa paling practical untuk kegunaan harian.

kiramoney bukan sekadar projek biasa untuk aku, tapi sebenarnya aplikasi yang aku sendiri guna untuk urus kewangan harian dengan lebih teratur. 

Terakhir, kalau andai kata ada duit balance pada bulan tersebut, kau boleh Transfer je Next Balance ke bulan seterusnya dan akan jadi Next Income.

Techstack?

Framework: React
Backend & Storage: Firebase

Mina

Hey there, I'm Mina – a '99 baby raised in the scenic vibes of Pahang, now rocking the hustle in Shah Alam, Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post