Hi,
Aku agak excited untuk travel ke Sumatera Barat, Indonesia sebab asal keturunan aku daripada sini la. Moyang aku belah umi memang orang asal daripada Kampung Bunga Tanjung, Kerinchi. ❤️
Trip ni 5 hari 4 malam. Ibu mertua yang plan the whole trip hihihi. Itinerary memang padat dengan tempat-tempat cantik:
1. Padang
Bandar pertama yang aku jejak. Sampai je dari Airport, kitaorang bergambar dulu dekat papan tanda Minangkabau Airport.Adehh, time ni memang panas lit lit 😭 Matahari memang tak bagi chance langsung. Tapi gigih jugak la bergambar.
Lepas sesi photoshoot tak rasmi tu, travel ejen kami, Pak Bowo, terus bawa pergi brunch di Lamun Ombak, Inilah tempat yang Ijik suggest awal-awal lagi.
Lepas kenyang dan lega sikit, kami gerak pula ke Masjid Raya Sumatera Barat.
Serius… cantik gila. 😍
Seni ukir masjid tu memang halus dan penuh detail. Bahagian atapnya guna bentuk atap gadang. Inspirasi Rumah Gadang Minangkabau yang berbentuk tanduk kerbau. Simbolik dia kuat, melambangkan budaya dan identiti orang Minang. Lagi menarik, ukiran pada bahagian luar pulak ada sentuhan corak yang nampak macam motif batik, memang unik dan lain daripada masjid biasa yang pernah aku tengok.
Aku kagum dengan seni bina masjid tu sebab bukan setakat cantik, tapi penuh dengan nilai budaya dan sejarah. Memang salah satu highlight hari pertama kami di Padang. ✨
Then, kami gerak pula ke Jambatan Akar Bayang.
Jambatan ni memang unik gila. Dikatakan terbentuk daripada akar pokok yang dibiarkan tumbuh dan saling berpaut antara satu sama lain, sampai jadi laluan yang kukuh untuk orang melintas sungai. Prosesnya ambil masa berpuluh tahun.
Menurut Pak Bowo, jambatan ni asalnya dibina oleh seorang ulama yang nak memudahkan penduduk kampung menyeberangi sungai untuk ke surau dan ke kebun.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Pandan View Mandeh untuk berehat dan bermalam.
Perjalanan nak sampai memang ambil masa, tapi bila sampai je terus rasa tenang. Kawasan Mandeh ni memang terkenal dengan pemandangan laut dan bukit yang cantik. Orang pun selalu panggil kawasan ni Raja Ampat versi Sumatera. Tapi gambar tak boleh nak attach sebab banyak ambil video je.
2. Alahan Panjang
Kawasan Alahan Panjang ni actually tanah tinggi. Sejuk je and surprisingly agak tenang sebab tak banyak kereta/motor. Sepanjang perjalanan di sini, memang nampak view ladang teh je. Sesuai la kalau nak tenangkan fikiran nampak hijau-hijauan. Best!
3. Lembah Harau
Perjalanan ke Lembah Harau ni memang agak jauh dari Alahan Panjang. Tapi jauh tu yang buat perjalanan jadi lagi best, sebab sepanjang jalan memang banyak tempat cantik untuk singgah.
Antara pit stop yang sempat kami berhenti ialah Danau Atas, Danau Talang dan sempat singgah Mitra Resort minum hot chocolate.
Mostly tempat singgah cari souvenir juga.
Kami sampai ke tempat penginapan pun dah malam, jadi memang tak nampak sangat pemandangan sekeliling bila dah sampai Lembah Harau. Gelap, sunyi, cuma terasa udara dia lebih sejuk dan nyaman. Tapi tempat penginapan kami memang unik. Seni bina dia buat rasa macam duduk di kampung, tapi versi yang lebih aesthetic. Malam tu tak nampak apa sangat.
Bangun je pagi, terus nampak hamparan sawah menghijau terbentang luas di depan mata. Rasa segar gila pagi tu. Lepas sarapan, kami pusing-pusing sekitar lembah. Tebing batu granit yang tinggi menjulang mengelilingi kawasan tu ada dari pelbagai arah. Ada yang cecah lebih 100 meter tingginya. Bila dongak ke atas, rasa kagum je.
Yang paling best, bayangkan naik beca perlahan-lahan mengelilingi kawasan lembah. Angin pagi sepoi-sepoi bahasa, sawah di kiri kanan, dan tebing batu megah jadi latar belakang. Pemandangan dia luas, terbuka, tapi dalam masa yang sama tertutup hahaha. Not sure macam mana nak describe.
4. Bukittinggi
Kalau sambung cerita ke Bukittinggi, suasana dia lain sikit berbanding lembah. Bandar ni lebih hidup, lebih meriah dengan orang dan aktiviti, tapi masih ada vibe klasik Minangkabau yang kuat.
Salah satu tempat yang kami sempat pergi ialah Istana Basa Pagaruyung. Dari jauh lagi dah nampak binaan dia yang unik dengan bumbung runcing melengkung ke atas memang identiti rumah gadang Minangkabau.
Cuma satu je yang aku rasa agak terkilan.
Dekat Istana Basa Pagaruyung tu, setiap bahagian ada penerangan sejarah yang kena scan QR code dulu baru boleh baca. Masa tu pula kami tak ada banyak masa, jadi memang tak sempat nak berdiri lama-lama dan baca satu per satu cerita di sebalik setiap ruang.
Akhirnya, aku cuma sempat tengok seni ukir dan susunan dalam istana tu dengan mata kasar je. Ukiran kayu dia halus, penuh detail dan simbol. Memang ada rasa rugi sikit. Macam datang ke tempat penuh sejarah tapi tak sempat dengar ceritanya. Sob. Sob.
So, itu je lah kisah jelajah ke Sumatera Barat. Hari terakhir di sini, just melawat beberapa kawasan saja.





















.jpg)
